
Kumpulan Andika Kencana ditubuhkan pada Awal tahun 1992. Ia ditubuhkan oleh Sdr Shahrom, Md Noor dan Djohan. Setelah beberapa bulan menghadapi kesukaran mendapat anggota-anggota baru, serta diperakui laluan sukar yang diperlukan untuk membuat kumpulan baru, Sdr Shahrom dan Sdr Md Noor telah kembali ke kumpulan Dendang Mutiara.
Namun, Sdr Djohan telah meneruskan perjuangan itu. Dengan usaha gigih, kumpulan Andika Kencana telah ditubuhkan secara rasmi pada 26 Disember 1992. Kami bertapak di Kolam Ayer CC. Kemasukan kumpulan tarian dari Sriwana telah membataskan masa untuk kami berlatih. Maka kami telah berpindah-pindah tempat, antaranya termasuklah Potong Pasir, Braddell Heights dan Toa Payoh East. Di sana, kami seronok berlatih di bawah jagaan Kak Samsiah.
Namun, apabila Kak Samsiah berpindah ke kelab rakyat lain, kami terpaksa mencari kelab masyarakat yang lain. Antaranya termasuklah Toa Payoh South dan Siglap South. Kini kami bermastautin di Yio Chu Kang CC. Masa depan? Masih menjadi tanda tanya…
Sejak ditubuhkan, pelbagai onak dan duri yang perlu kami lalui. Antaranya kekurangan dana, kekurangan ahli, pandangan negative atas kumpulan baru seperti kami, dan konsep persembahan yang tidak difahami dan tidak diterima pihak pengadil. Namun kami meneruskan perjuangan dengan menekankan cara persembahan kami yang berprinsip dan interaktif, tanpa mengenal erti jemu.
Kemenangan yang pertama yang berjaya diraih ialah pertand

Selepas itu, kami mula memenangi beberapa pertandingan yang lain. Kami juga dijemput untuk membuat persembahan-persembahan yang berprestij, antaranya tem asya meraikan penabalan mendiang Dr Ong sebagai presiden Singapura di Marina, pembukaan cawangan McDonald di Geylang, dan pertemuan Asian Toastmasters di kawasan Orchard.
Antara kenangan

Dengan menyemai keakraban antara para anggota, kami berharap agar apa yang dipersembahkan mampu menghiburkan semua. Kami melakukan segalanya untuk keseronokan, dan keseronokan itu dipersembahkan untuk tatapan umum (all for fun, and fun for all).
Dengan anggota-anggota baru yang berbakat yang bakal berganding dengan aktivis lama yang berpengalaman, adalah harapan kami agar nadi Andika akan terus berdenyut dari masa ke semasa, insya-Allah.